Sunday, April 3, 2011

Report School Based Project

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid. Pembelajaran berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan lebih efektif bagi mewujudkan pengalaman, keseronokan dan cabaran kepada murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza perlu diambilkira dan diberi perhatian kerana ia akan menyumbang kepada kecenderungan murid terhadap subjek matematik. Di samping itu guru juga perlu mewujudkan suatu suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif supaya ini akan menarik minat murid dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran matematik. Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat hubungan langsung di antara pemikiran matematik dengan kehidupan seharian. Setiap pemikiran akan melibatkan proses memberi sebab dan alasan terhadap sesuatu keputusan atau tindakan. Begitu juga dengan matematik, setiap pemikiran memerlukan pentafsiran secara logik dan perlu disokong oleh sebab dan alasan yang munasabah.

Situasi permasalahan harian tidak hanya melibatkan angka-angka bulat malahan situasi dalam kehidupan seharian ada yang melibatkan data. Di sinilah titik permulaan kajian ini yang berlatar belakang kepada penerokaan pemikiran konsep perwakilan data di kalangan murid-murid sekolah rendah. Dalam konsep perwakilan data ianya memerlukan murid mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu maklumat yang diberi. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh murid melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka pemahaman tentang konsep data. Ramai di kalangan murid tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang data kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep perwakilan data seperti contoh lukisan, jadual, carta bar dan carta palang. Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin menerokai pemikiran murid terhadap konsep data dan cara mereka mengumpul data mentah dan mempersembahkannya dengan menggunakan daya kreativiti murid itu sendiri serta melihat bagaimana murid mempersembahkan data tersebut kepada bentuk yang paling mudah untuk difahami dan bentuk paling mudah untuk ditafsirkan.

Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk memberi kepentingan kepada guru untuk melihat bagaimana murid menerokai pemahaman konsep tentang data, dan bagaimana cara mereka mengumpul maklumat atau data. Kajian ini juga dapat melihat bagaimana murid menggunakan kreativiti mereka untuk mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka telah perolehi dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan. Kajian ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk menerokai konsep pemahaman tentang data dengan aktiviti disediakan yang diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara menyeluruh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Secara amnya, objektif kajian yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

i. Untuk mengkaji sejauh mana murid dapat memahami konsep data.

ii. Untuk memberi peluang serta melihat sejauh mana murid boleh mengumpul data dan mempamerkan data yang dikumpul dalam bentuk yang mudah difahami.

iii. Untuk melihat kreativiti murid apabila mereka diberi peluang untuk mempersembahkan data.

iv. Untuk membolehkan guru membuat penambahbaikan terhadap pendekatan yang digunakan bagi mengajar tajuk perwakilan data.

Secara khususnya, kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang berikut iaitu :

i. Sejauh manakah murid-murid faham dengan apa itu ‘data’?

ii. Bagaimana murid mengumpul data atau maklumat berdasarkan kepada tajuk kecil yang dipilih?

iii. Bagaimana murid mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka perolehi?

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan berhubung dengan pembelajaran Statistik bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Maka dengan demikian, bab ini akan membincangkan kajian terhadap pemikiran murid yang telah dilakukan oleh hasil kajian tempatan dan luar negeri. Pengetahuan terhadap konsep perwakilan data adalah kesinambungan daripada perkembangan pengetahuan konsep nombor terutama nombor bulat. Komponen ini sangat penting kerana murid perlu menjelajah semua idea asas tentang statistik dengan mengumpul data yang berbentuk nombor (Albert B. Bennett, Jr. L. Ted Nelson).

Menurut NCTM Standard 10 (2000), standard pembelajaran statistik bagi gred 5-8 adalah semua murid sepatutnya memahami bagaimana cara untuk menyusun data daripada carta atau graf dan membaca maklumat daripada data yang dipersembahkan. Konsep ini seharusnya diketengahkan ke gred pertengahan di mana data dikumpul dan disusun supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Fokus terhadap kajian ini adalah untuk menerokai pemikiran murid terhadap konsep data dan sejauh mana murid dapat mengumpul maklumat atau data berdasarkan kepada tajuk-tajuk kecil yang diberikan kepada mereka. Dan juga bagaimana murid dapat mempersembahkan data atau maklumat yang mereka telah perolehi menggunakan kreativiti mereka sendiri.

Dalam sebuah kajian tentang kreativiti dalam matematik (Haylock, 1997), kanak-kanak yang berumur 11-12 tahun dinilai tentang kemampuan mereka untuk mengatasi keseronokan dan untuk menghasilkan tanggapan yang tepat tapi berbeza dalam pelbagai tugasan matematik. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan tahap yang sama dalam hal pencapaian matematik konvensional dapat menunjukkan secara signifikan tahap kreativiti matematik mereka. Didapati bahawa semakin tinggi tahap pencapaian, semakin mungkin bahawa itu adalah sebagai petunjuk untuk membezakan tahap kreativiti matematik. Kanak-kanak tinggi pencapaian dengan kreativiti matematik yang tinggi dibezakan dari kanak-kanak tinggi pencapaian dengan kreativiti rendah oleh beberapa ciri-ciri : mereka mempunyai tahap kebimbangan yang jauh lebih rendah dan mempunyai konsep diri yang lebih tinggi, mereka mempunyai kecenderungan dalam memproses maklumat dan mereka lebih berani mengambil risiko dalam menyelesaikan kerja matematik. Satu Implikasinya adalah kanak-kanak mungkin akan lebih cenderung berfikir secara lebih kreatif jika mereka belajar matematik dalam konteks di mana mereka digalakkan untuk mengambil risiko.

Haylock (2010) menyatakan bahawa terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh kanak-kanak di sekolah rendah dalam menyediakan mereka dengan pengalaman jelas proses pemodelan matematik. Hal ini juga telah dibuktikan dalam kajian English (2004) dan English dan Watters (2005). English membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak sekolah rendah yang bekerjasama dalam masalah autentik yang boleh dimodelkan dengan matematik. Dia mengenalpasti sejumlah aspek penting dalam proses pembelajaran yang berlangsung, baik matematik mahupun sosial. Ini termasuk : menafsirkan dan menafsirkan semula maklumat yang diberikan; membuat keputusan yang sesuai; yang mengesahkan alasan, membuat hipotesis, dan menyatakan hujah. English dan Watter (2005:59) menggariskan penemuan yang sama dengan pelajar yang lebih muda dan membuat kesimpulan dari bukti-bukti kajian dalam bidang ini bahawa 'sekolah rendah adalah persekitaran pendidikan di mana semua kanak-kanak harus memulakan perkembangan yang bermakna dari pemodelan matematik'.

Kajian mengenai penerokaan murid terhadap konsep perwakilan data dapat meningkatkan kefahaman mereka bagaimana sesuatu data yang lengkap itu terhasil. Berdasarkan kajian dan pengalaman dengan kanak-kanak sekolah rendah selama setahun, Jones et al. (2000) telah membangunkan rangka kerja yang berguna untuk menggambarkan pemikiran statistik kanak-kanak. Rangka ini menggambarkan empat proses iaitu : (1)mendeskripsikan data, yang melibatkan pemerolehan maklumat dari satu set data atau grafik dan membuat hubungan antara data dan konteks dari mana ia datang; (2) menetapkan dan mengurangkan data, yang meliputi tempahan, pengelompokan dan meringkaskan data, (3) merupakan data, yang merujuk kepada membina pelbagai bentuk perwakilan data secara visual, dan (4) menganalisis dan mentafsir data, yang melibatkan mengenali pola-pola dan membuat kesimpulan dan ramalan. Untuk setiap dari keempat-empat aspek, para penyelidik mampu mengenalpasti empat tahap pemikiran : Tahap 1, di mana hujah yang istimewa, sering berkaitan dengan data yang diberikan dan cenderung untuk menarik lebih banyak pengalaman dan pendapat individu itu sendiri; Tahap 2, di mana kanak-kanak mulai menggunakan hujah kuantitatif untuk mengulas data, Tahap 3, di mana hujah kuantitatif digunakan secara konsisten untuk merumuskan penilaian, dan Tahap 4, yang menggunakan pendekatan yang lebih analitis dalam menjelajah data dan dalam membuat hubungan antara data dan konteksnya. Rangka kerja ini adalah alat yang berguna baik bagi penilaian pemahaman kanak-kanak dan untuk menyediakan rancangan pengajaran.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan semasa penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur pengumpulan maklumat. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Kajian dilakukan ke atas pelajar-pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar. Bilangan populasi bagi kajian ini adalah seramai 88 orang pelajar. Manakala jumlah sampel yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6. Sampel ini adalah murid yang berada di bawah pengajaran pengkaji dan ini memudahkan interaksi serta pentadbiran pengkaji dengan sampel kajian semasa kajian ini dilaksanakan.

Bagi menjawab persoalan kajian, instrumen yang digunakan ialah soal selidik (menemubual murid), aktiviti yang melibatkan murid dan melalui lukisan murid (pemahaman mereka tentang perwakilan data) untuk tajuk perwakilan data ini. Soal selidik digunakan untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menggunakan idea dan kreativiti mereka untuk membina jadual, graf atau rajah bagi mewakilkan data mentah yang diperolehi. Data kajian dipersembahkan dalam temubual serta interaksi secara langsung yang dirakam menggunakan temubual. Temubual secara langsung ini akan diteliti dan pengkaji akan membuat kesimpulan tentang sejauh mana murid dapat menyampaikan justifikasi mereka terhadap konsep perwakilan data dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri. Melalui aktiviti pula, ia dijalankan dengan melibatkan murid sama ada berbentuk permainan ataupun aktiviti dalam kumpulan. Murid dikehendaki mencari maklumat mengikut tajuk yang dipilih oleh mereka sendiri dan mereka perlu melukis di atas kertas yang disediakan cara maklumat itu dipersembahkan. Instrumen yang terakhir iaitu melalui lukisan pula, pengkaji dapat melihat bagaimana murid mempersembahkan data mentah mengikut kreativiti mereka kepada bentuk yang lebih mudah difahami sama ada bentuk graf, jadual atau sebagainya.

Bagi melancarkan kajian ini, beberapa langkah yang perlu diikuti oleh penyelidik iaitu menyediakan kertas cadangan sebagai langkah pertama. Seterusnya langkah yang kedua penyelidik akan membuat pembacaan yang meluas mengenai tajuk kajian yang dibuat. Langkah seterusnya ialah penyelidik akan menjalankan kajian sebenar di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Langkah terakhir ialah menulis laporan hasil kajian yang telah dibuat.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang dapatan yang telah diperolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan kajian. Dalam kajian yang telah dijalankan terhadap 25 orang sampel, didapati bahawa terdapat persamaan dan perbezaan idea di antara pendapat dan hasil kerja responden. Berikut adalah dapatan kajian yang telah dijalankan terhadap responden tersebut :

4.1 Sejauh manakah murid-murid faham dengan apa itu ‘data’?

Untuk menjawab persoalan ini, pengkaji mendapati setiap pelajar mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri mengikut pemahaman mereka tentang data. Berikut adalah pendapat dan pandangan yang telah dihuraikan oleh pelajar tentang apa yang mereka faham mengenai ‘apa yang dimaksudkan dengan data’.

Kumpulan 1 :

Kumpulan ini menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Maklumat yang dikumpul
  • Maklumat yang dipersembahkan
  • Memudahkan untuk dibaca dan,
  • Boleh dijadikan dalam bentuk peratus dan purata.

Kumpulan 2 :

Kumpulan ini pula menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Maklumat untuk mencari
  • Maklumat yang dinyatakan
  • Maklumat yang memudahkan kerja penyelesaian dan,
  • Maklumat yang memberi jalan pengiraan

Kumpulan 3 :

Kumpulan ini pula menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Maklumat yang telah dikumpul
  • Maklumat yang diberikan untuk dijadikan purata atau untuk dijadikan jumlah
  • Untuk memudahkan orang untuk membaca dan,
  • Menyampaikan maklumat dengan lebih mudah.

Kumpulan 4 :

Pelajar ini pula menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Memudahkan kerja dan,
  • Carta pai dan carta bar

Kumpulan 5 :

Pelajar ini pula menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Maklumat dalam bentuk gambar, perkataan. Kegunaan data adalah untuk memudahkan kita membaca data yang berbentuk perkataan dan,
  • Contoh data :
  • Carta pai
  • Carta bar

Kumpulan 6 :

Pelajar ini pula menyatakan bahawa ‘data’ ialah :

  • Tentang maklumat
  • Maklumat pula dipersembahkan dalam pelbagai bentuk antaranya ialah carta pai dan carta palang.

4.2 Bagaimana murid mengumpul data atau maklumat berdasarkan kepada tajuk kecil yang dipilih?

Untuk menjawab persoalan kajian yang kedua ini, pelajar memilih sendiri tajuk dengan dipersetujui oleh pengkaji. Mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan mereka diberi peluang membuat perbincangan mencari data tetapi cara mengumpul data dan persembahan data adalah berbeza. Pengkaji mendapati hasil dapatan daripada kajian adalah seperti berikut :

Kumpulan 1 :

Kumpulan ini memilih tajuk kecil kajian iaitu ‘Bilangan murid yang datang lewat ke sekolah’. Kumpulan ini mengumpul data dengan menyenaraikan nama pelajar yang datang lewat dari hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian data ini dijumlahkan mengikut hari persekolahan.

Kumpulan 2 :

Dalam sampel kumpulan ini pula, tajuk kecil kajian yang diperolehi ialah data tentang ‘Cara murid Tahun 6 Hikmah datang ke sekolah’. Kumpulan ini mengumpul data dengan menyenaraikan cara murid yang berkenaan datang ke sekolah kepada beberapa kategori iaitu berjalan kaki, menunggang basikal, menunggang motosikal, menaiki kereta/van dan. menaiki bas. Berdasarkan senarai yang telah ditetapkan itu, kumpulan ini mencari bilangan murid mengikut kategori tersebut.

Kumpulan 3 :

Kumpulan ini memilih tajuk kecil kajian iaitu ‘Bilangan murid dalam setiap kelas Tahun 6’. Mereka menyenaraikan nama-nama kelas dan setiap kelas dikategorikan mengikut jantina. Akhirnya mereka menyenaraikan bilangan murid bagi setiap kelas berdasarkan kategori lelaki dan perempuan.

Kumpulan 4 :

Bagi kumpulan ini, tajuk kecil yang mereka pilih ialah ‘Jenis kenderaan yang digunakan oleh guru untuk datang ke sekolah”. Data dikumpul melalui pemerhatian dan juga melalui temubual dengan menyenaraikan jenis kenderaan yang digunakan oleh guru untuk datang ke sekolah. Kemudian mereka mengkategorikan jenis kenderaan kepada beberapa bahagian iaitu jenis Perodua, Proton, Toyota, Nissan, Kia/Naza dan Honda. Berdasarkan kategori tersebut, mereka mendapatkan jumlah kenderaan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Kumpulan 5 :

Kumpulan ini pula memilih tajuk kecil kajian iaitu ‘Taburan umur guru di sekolah’. Kumpulan ini mengumpul data dengan menyenaraikan semua nama guru di sekolah dan mendapatkan umur mereka melalui temubual. Kemudian, kumpulan ini mengelaskan umur guru dengan bilangannya sekali kepada kategori tertentu iaitu :

· Umur 21 – 25 tahun = 1 orang

· Umur 26 – 30 tahun = 6 orang

· Umur 31 – 35 tahun = 10 orang

· Umur 36 – 40 tahun = 11 orang

· Umur 41 – 45 tahun = 9 orang

· Umur 46 – 50 tahun = 12 orang

· Umur 51 – 55 tahun = 5 orang

Berdasarkan kepada kategori umur ini pelajar mendapatkan bilangan guru yang terlibat bagi setiap kategori.

Kumpulan 6 :

Bagi kumpulan ini pula, tajuk kecil kajian yang dipilih ialah ‘Bilangan adik beradik bagi setiap murid dalam kelas Tahun 6 Hikmah’. Kumpulan ini mengumpul data dengan menyenaraikan nama semua murid dalam kelas tersebut dan mendapatkan maklumat tentang bilangan adik-beradik mereka. Kemudian, kumpulan ini mengelaskan umur kepada beberapa kategori umur dengan bilangan sekali iaitu :

· Adik beradik 1-3 orang = 7 orang

· Adik beradik 4-6 orang = 23 orang

· Adik beradik 7-9 orang = 2 orang

· Adik beradik 10-12 orang = tiada

Pelajar ini juga menyenaraikan nama pelajar dalam kelas tersebut mengikut kategori umur yang telah ditetapkan.

4.3 Bagaimana murid mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka perolehi?

Untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga ini, pengkaji telah meneliti hasil kerja setiap kumpulan yang dipamerkan melalui lukisan. Hasil dapatan daripada kajian mendapati bahawa pelajar telah mempamerkan dan mempersembahkan data dengan cara mereka mengikut kreativiti dan idea mereka tersendiri seperti dalam lampiran. Di sini, pengkaji hanya menghuraikan secara ringkas apa yang telah pelajar pamerkan. Di antaranya ialah :

Kumpulan 1 :

Kumpulan ini mempersembahkan data yang telah diperolehi dengan menggunakan Carta Palang Menegak.

Kumpulan 2 :

Kumpulan ini pula mempamerkan data dengan menggunakan Carta Pai. Walaupun ukurannya nampak agak tidak seimbang, tetapi kumpulan dapat berfikir dengan cara yang agak kreatif untuk menampakkan kelainan berbanding dengan sampel yang lain.

Kumpulan 3 :

Kumpulan ini mempamerkan data dengan menggunakan Carta Palang Berkembar kerana ia melibatkan jantina bagi setiap kelas.

Kumpulan 4 :

Kumpulan ini pula memaparkan data yang mereka perolehi dengan menggunakan Piktograf.

Kumpulan 5 :

Kumpulan yang terakhir juga menggunakan Carta Palang dalam mempamerkan data mereka.

Kumpulan 6 :

Pelajar ini mempamerkan data dalam bentuk Carta Palang Menegak seperti kumpulan yang pertama.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Mata pelajaran statistik dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik ini perlu diajar di peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana untuk mengumpul, memproses dan menganalisis data. Di Malaysia, ilmu statistik telah mula diajar sejak sekolah rendah bermula pada Tahun 3 melalui topik ‘Pengumpulan data’. Ini kerana telah menjadi Dasar Pendidikan Negara yang berobjektifkan untuk menyediakan modal insan yang mampu berdaya saing dan berdikari serta menepati keperluan dan kehendak pasaran di masa hadapan. Ini dapat memperbetulkan salah tanggapan di kalangan umum yang menyatakan bahawa statistik hanya perlu dipelajarai oleh individu yang menjurus kepada bidang sains tulen sahaja. Sedangkan statistik itu merangkumi seluruh aspek kehidupan kita sama seperti ilmu matematik yang tidak boleh dipisahkan dari sistem kehidupan. Bahkan ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa matematik adalah statistik dan statistik adalah matematik. Walau bagaimanapun, kerangka statistik yang hendak dibangunkan perlu menekan kaedah pembelajaran. Pertamanya, konsep pembelajaran tersebut tidak perlu obses dengan nombor dan simbol seperti …. x , s , µ, s2 …… Bahkan murid ini tidak perlu tahu yang mereka sedang mempelajari statistik, mereka hanya tahu bahawa mereka sedang mengumpulkan dan mengelaskan data dalam situasi yang sangat menyeronokkan dan kemudian pembangunan statistik dalam diri mereka boleh dipanjangkan kepada proses membuat perwakilan dan menganalisis pula. Selain itu konsep pembelajaran sambil bermain juga sangat efektif dalam mendalami ilmu statistik ini. Contohnya, murid diberi 3 jenis kertas yang berlainan kualiti dan berat. Kemudiannya, kertas ini akan dilipat menjadi kapal terbang kertas dan diterbangkan. Murid akan mengambil data mengenai tahap kelajuan dan jauh kertas tersebut terbang. Cara pembelajaran sambil bermain ini pastinya akan menarik minat murid dan seterusnya minat ini boleh kita kembangkan sebagai landasan di masa hadapan. Selain itu, dewasa ini terdapat pelbagai web, perisian dan klip video seperti di ‘you tube’ yang boleh digunakan sebagai medium pengembangan pemikiran statistik kanak-kanak.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa murid mempunyai pemahaman yang tersendiri tentang data. Ada yang berpendapat bahawa data itu ada satu gambar rajah dan ada juga yang menyatakan bahawa data itu ialah maklumat yang diwakili dengan carta atau jadual. Ini menunjukkan bahawa murid ini cuba mentafsirkan makna data itu sendiri dengan memberi pelbagai andaian. Ada juga menyatakan data itu sendiri boleh dipersembahkan dalam bentuk pokok, kotak, bunga dan macam-macam lagi. Melalui lukisan guru dapat menilai sejauh mana murid- murid ini faham tentang data.

Namun data ialah maklumat berangka yang memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku serta dapat memberi ramalan tentang peristiwa akan datang. Data juga membantu manusia membuat keputusan yang melibatkan masalah harian. Guru dapat melihat bagaimana murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang untuk mengumpul, mengendali dan mempersembahkan data berdasarkan pengalaman mereka sama ada dalam kelas atau pengetahuan am mereka tentang statistik. Berdasarkan kepada hasil kajian dan dapatan oleh guru mendapati bahawa murid ini mempunyai idea yang agak sama dengan murid lain, cuma beberapa orang murid yang mempunyai idea yang agak kreatif dan bernas.

Murid-murid ini diberikan peluang untuk membuat aktiviti secara berkumpulan dengan setiap kumpulan memilih tajuk kecil tentang pengumpulan data. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu mereka belajar bagaimana untuk mengumpul data dan maklumat serta melihat kreativiti mereka dalam mempersembahkan data yang dikumpul ke dalam bentuk yang lebih difahami. Aktiviti ini juga dilakukan untuk melihat bagaimana murid ini dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan masing-masing semasa proses pengumpulan dan mempamerkan data. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang statistik dengan idea yang berbeza. Dalam mempersembahkan data pula, murid diberi kebebasan untuk mengikut idea mereka sendiri dan bagaimana cara untuk data itu dipersembahkan.

Dalam sesi temubual dengan murid, guru dapat melihat bagaimana murid membuat rumusan terhadap maklumat yang diperolehi, bagaiman mereka menerangkan secara terperinci tentang data yang dikumpul dan mengapa mereka mempersembahkan data dengan cara tersebut. Dengan penuh keyakinan murid-murid ini memberi alasan bahawa data yang mereka persembahakan adalah untuk memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya. Ini menunjukkan bahawa murid boleh membuat rumusan daripada aktiviti yang telah dijalankan. Melalui aktiviti ini juga didapati bahawa murid ini dapat mengaplikasikan penggunaan data dalam kehidupan seharian mereka, kerana semua data yang mereka perolehi adalah berada di sekeliling mereka dan mereka hanya perlu mengumpul dan mengelaskan data-data tersebut. Kesimpulannya, kajian ini medapati murid mempunyai idea tersendiri dalam proses pengumpulan data, mengelaskannya dan cara mereka persembahkannya. Pendedahan awal kepada mereka tentang statistik dapat membantu murid-murid ini untuk menerokai kehidupan mereka dan menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

6.0 CADANGAN

Dalam menyiapkan kerja projek ini, murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang. Dengan kumpulan-kumpulan kecil ini adalah diharapkan mereka dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Walau bagaimanamapun, pengkaji mendapati terdapat ahli di dalam kumpulan yang tidak mahu bekerjasama dengan ahli kumpulan tersebut. Ini menunjukkan bahawa terdapat ketidakserasian di antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut. Ini menjadikan aktiviti yang dijalankan tidak begitu bermakna. Pada pendapat pengkaji, di masa akan datang pengkaji harus bijak menentukan ahli dalam setiap kumpulan supaya terdapat keserasian yang mana ia menyumbang kepada aktiviti yang lebih bermakna.

Selain daripada itu, semasa membuat pengumpulan, pengelasan dan mempersembahkan data, terdapat juga murid yang melakukan kesilapan kerana data yang mereka kumpul tidak menjawab persoalan yang timbul. Oleh itu, pengkaji mengesyorkan supaya penambahbaikan dapat dibuat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk statistik terutama yang melibatkan kehidupan seharian murid. Untuk itu, guru disarankan suapaya menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik seperti carta, jadual, gambar rajah atau melukis. Penerangan melalui video juga boleh membantu murid untuk melihat bagaimana proses dalam pembelajaran statistik di samping aktiviti yang melibatkan murid itu sendiri. Ini akan memberi lebih kefahaman kepada murid-murid tentang konsep statistik.

Penulisan "Elements in Statistical Concept"

1.0 PENGENALAN

Statistik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik bagi mengumpul, menyusun, meringkas, mempersembahkan, dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisaan data tersebut. Perkataan statistik sering kali digunakan bagi merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian.

Statistik merupakan satu kajian sains tentang data. Ianyamerupakan proses mengumpul, mengelas, membuat rumusan, membuat analisis dan membuat penterjemahan terhadap sesuatu data (McClave dan Sinchih, 2003). Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data.

Di Malaysia, ilmu statistik telah mula diajar sejak sekolah rendah lagi bermula dari Tahun 3 melalui Tajuk “Pengumpulan Data”. Bagi menarik nimat murid untuk belajar statistic, para pendidik Matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar. Matlamat utama yang perlu dicapai ialah memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan metematik supaya individu tersebut dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menghargai kepentingan Matematik. Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan negara bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, spiritual, emosi dan fizikal.

ISTILAH-ISTILAH STATISTIK

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan didalam statistik.

i) Populasi ialah satu set yang mewakili semua ukuran yang sedang dalam pemerhatian. Populasi didefinasikan sebagai pungutan manusia, objek, atau item yang diminati. Populasi secara meluas menerangkan kategori seperti “semua murid”, atau boleh menerangkan secara terperinci sebagai “semua murid yang terdaftar pada tahun 2000”.

ii) Sampel ialah satu subset ukuran yang dipilih dari populasi. Sampel adalah bahagian daripada keseluruhan, jika ia diambil dengan sempurna, ia mewakili keseluruhan. Untuk beberapa sebab yang tertentu, penyelidik biasanya lebih gemar untuk menggunakan sampel berbanding dengan populasi. Sebagai contoh, di dalam menjalankan ujikaji kawalan kualiti untuk mementukan purata tempoh hayat mentol lampu, pengilang mentol lampu mungkin mengambil sampel rawak hanya 75 biji mentol lampu sahaja di dalam proses pengeluarannya. Disebabkan oleh batasan masa dan kewangan, pengurusan sumber manusia mungkin hanya mengambil sampel rawak pekerja berbanding menggunakan bancian untuk mengukur moral pekerja.

iii) Kaedah berstatistik ialah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dari sampel untuk memperihalkan populasi. Satu jenis lain statistik dipanggil sebagai statistik pentaabiran (inferen statistics). Jika penyelidik memungut data daripada sampel dan menggunakan statistic tersebut untuk membuat kesimpulan terhadap populasi dimana sampel tersebut diambil, statistik tersebut adalah statistik pentaabiran. Data yang dipungut adalah digunakan untuk mentaabir sesuatu berkaitan kumpulan yang besar. Statistik pentaabiran kadangkala dipanggil sebagai statistic induktif.

iv) Cerapan ialah nilai bersekutu dengan kuantiti yang diukur.

v) Data iaitu Satu set yang mengandungi cerapan-cerapan.

vi) Parameter ialah ukuran pemerihalan berangka (numerik) bagi sebuah populasi. Contohnya min populasi ditanda μ dan varians populasi ditanda σ 2 . Ukuran perihalan bagi populasi dipanggil sebagai parameter. Parameter biasanya ditandakan menggunakan huruf Greek. Contoh contoh parameter adalah purata populasi, varian populasi, dan sisihan piawai populasi. Ukuran perihalan bagi sampel dipanggil statistic dan biasanya ditandakan dengan huruf roman. Contoh statistik adalah purata sampel ( ), varian sampel (S2) dan sisihan piawai sampel (S).

vii) Statistik ialah ukuran pemerihalan berangka (numerik) yang dikira dari sampel.

viii) Pilihan rawak adalah pilihan yang tidak tertakluk kepada sebarang syarat di mana setiap individu atau objek mempunyai peluang yang sama untuk terpilih

ix) Pembolehubah rawak, secara formal adalah satu fungsi yang bernilai nombor nyata yang ditentukan oleh unsur dalam ruang sampel. Secara asasnya, pembolehubah rawak ialah satu sifat yang diukur dari sampel rawak untuk tujuan mendapatkan maklumat mengenai populasi. Pembolehubah rawak terbahagi kepada dua jenis iaitu Pembolehubah rawak selanjar, iaitu pembolehubah yang mengambil nilai dalam selang atau keseluruhan nilai pada garis nyata. Manakala Pembolehubah rawak diskrit, iaitu pembolehubah yang mengambil nilai integer.

TAKRIF STATISTIK

Data boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu data premier dan data sekunder. Pengkelasan data ini adalah berdasarkan tempat data diperoleh atau sumber data. Data premier ialah data yang didapati daripada sumber asal, iaitu dikutip secara langsung daripada populasi asal. Data sekunder pula adalah data yang diperoleh daripada hasil kajian atau laopran yang telah dibuat dan data ini telah dioleh.

Pada lazimnya, data sekunder boleh didapati daripada perpustakaan, laporan tahunan sesebuah organisasi, laporan agensi kerajaan, swasta atau sukarela, majalah dan surat khabar ataupun laporan kajian individu atau penyelidik dalam bentuk makalah, buku atau laopran teknik. Data primer pula adalah data yang dikutip atau dicerap sendiri oleh seseorang penyelidik ataupun sumber lain yang berhubung rapat dengan penyelidik seperti mengupah orang lain untuk mendapatkan data untuknya.

Aplikasi ilmu statistik dapat dibagi dalam dua bahagian iaitu statistik deskriptif dan Statistik inferensi. Statistik Deskriptif berusaha menjelaskan atau menggambarkan berbagai jenis data, seperti berapa data purata, data bervariasi, min. mod dan median. Manakala Statistik Induktif berusaha membuat berbagai inferensi terhadap sekumpulan data yang berasal dari suatu sampel. Tindakan inferensi tersebut seperti melakukan perkiraan besaran populasi, uji hipotesis, peramalan, dan sebagainya.

Statistik deskriptif dapat digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dan sebagainya.

Statistik inferensi pula digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi untuk melihat perhubungan dan sebagainya.

KATEGORI STATISTIK-PERIHALAN

Jika penyelidik menggunakan data yang diambil keatas kumpulan untuk menerangkan atau membuat kesimpulan terhadap kumpulan yang sama, statistik tersebut dipanggil statistik perihalan. Sebagai contoh, jika seorang guru mengeluarkan statistik untuk meringkaskan keputusan peperiksaan kelas dan menggunakan statistik tersebut untuk membuat kesimpulan hanya keatas kelas tersebut, statistik tersebut adalah perihalan. Guru boleh menggunakan statistik tersebut untuk membincangkan purata kelas, bercakap mengenai jeda markah kelas, atau mempersembahkan lain-lain pengukuran data untuk kelas berdasarkan keatas ujian.

Satu jenis lain statistik dipanggil sebagai statistik pentaabiran (inferen statistics). Jika penyelidik memungut data daripada sampel dan menggunakan statistik tersebut untuk membuat kesimpulan terhadap populasi dimana sampel tersebut diambil, statistik tersebut adalah statistik pentaabiran. Data yang dipungut adalah digunakan untuk mentaabir sesuatu berkaitan kumpulan yang besar. Statistik pentaabiran kadangkala dipanggil sebagai statistik induktif.

Ukuran perihalan bagi populasi dipanggil sebagai parameter. Parameter biasanya ditandakan menggunakan huruf Greek. Contoh-contoh parameter adalah purata populasi, varian populasi, dan sisihan piawai populasi. Ukuran perihalan bagi sampel dipanggil statistik dan biasanya ditandakan dengan huruf roman. Contoh statistik adalah purata sampel (s), varian sampel (S2) dan sisihan piawai sampel (S).

Perbezaan di antara parameter dan statistik adalah penting hanya di dalam penggunaan statistik pentaabiran. Ahli statistik biasanya mahu untuk menganggar nilai parameter atau menjalankan ujian terhadap parameter. Walau bagaimanapun, pengiraan parameter biasanya sama ada tidak mungkin atau tidak boleh laksana disebabkan oleh jumlah masa dan wang yang diperlukan untuk membuat bancian. Di dalam kes tersebut, ahli-ahli statistik akan mengambil sampel rawak daripada populasi, mengira statistik keatas sampel dan membuat pentaabiran dengan menganggar nilai parameter. Asas bagi statistik pentaabiran adalah kebolehannya untuk membuat keputusan berkaitan parameter tanpa melakukan bancian lengkap terhadap populasi.

Pentadbiran berkaitan parameter adalah dibuat di bawah ketakpastian. Melainkan parameter adalah dikira secara terus daripada populasi, ahli-ahli statistik tidak mengetahui secara pasti sama ada penganggaran atau pentaabiran yang dibuat daripada sampel adalah benar atau tidak. Di dalam usaha untuk menganggar paras keyakinan di dalam proses menghasilkan keputusan, ahli-ahli statistik menggunakan pernyataan kebarangkalian.

Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian.

Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data.

Berikut merupakan beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik :

i Menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data, meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang menarik. Bentuk yang dipamerkan adalah istilah yg lebih bermakna ;

ii Markah ujian bagi kursus statistik

Keseluruhan data à set data

Nama-nama pelajar à unsur

Markah-markah pelajar à cerapan

TARAF PENGUKURAN DATA

Berjuta-juta data dipungut di dalam perniagaan setiap hari. Semua data tersebut sepatutnya tidak dianalisis dengan cara yang sama secara statistik disebabkan entiti yang diwakili oleh data tersebut adalah berebza. Oleh sebab itu, ahli-ahli statistik perlu untuk mengetahui taraf pengukuran data yang diwakili oleh data tersebut.

Penggunaan biasa nombor boleh digambarkan oleh nombor 2 dan 10, yang boleh mewakili berat dua jenis barangan, pemeringkatan (rating) yang diterima keatas ujian pelanggan oleh dua jenis barangan, atau nombor jersi bola sepak. Walaupun 10 kg adalah lima kali ganda 2 kg, tetapi nombor 10 pada jersi penyerang bola sepak bukanlah lima kali ganda nombor 2 pada jersi pertahanan. Melakukan purata bagi berat barangan adalah menasabah tetapi membuat purata pada nombor jersi pemain bola sepak tidak memberikan apa-apa makna.

Analisis data yang bersesuaian adalah bergantung kepada taraf pengukuran data yang dikutip. Phenomena yang diwakili oleh nombor menentukan taraf pengukuran data. Empat jenis taraf pengukuran data yang biasa adalah seperti berikut:

i. Nominal

Pengukuran data yang paling rendah adalah taraf nominal. Nombor mewakili data taraf nominal boleh digunakan hanya untuk pengelasan dan kategori. Nombor pengenalan kakitangan adalah sebagai contoh data nominal. Nombor yang digunakan hanyalah untuk membezakan kakitangan dan bukanlah untuk memberikan pernyataan nilai terhadap mereka. Banyak soalan-soalan demografi di dalam survei adalah data nominal disebabkan soalan yang digunakan hanyalah untuk pengelasan sahaja.

Oleh yang demikian, untuk tujuan pengiraan, guru ditandakan sebagai 1, doktor sebagai 2, polis sebagai 3, dan seterusnya. Nombor hanyalah digunakan untuk mengkelaskan pekerja sahaja. Nombor 1 bukan menandakan pengkelasan tertinggi. Ia hanya bertujuan untuk membezakan di antara pendidik (1) dan doktor (5). Lain-lain data demografi seperti bangsa, jantina, tempat tinggal dan lain-lain merupakan data bertaraf nominal.

ii. Ordinal

Pengukuran data bertaraf ordinal adalah lebih tinggi daripada nominal. Disamping itu, data ordinal boleh digunakan untuk memeringkatkan atau menyusun objek. Sebagai contoh, dengan menggunakan data ordinal, guru boleh menilai tiga orang murid dengan memeringkatkan pencapaian akademik mereka dengan nombor 1 hingga 3. Guru boleh mengenalpasti, satu murid amat kreatif, saorang murid kurang kreatif dan seorang lagi tidak kretif menggunakan data ordinal. Walau bagaimanapun, guru tidak boleh menggunakan data ordinal untuk membuktikan interval di antara dua orang murid yang diperingkatkan sebagai 1 dan 2 atau pekerja diperingkat 2 dan 3 adalah sama. Iaitu, ia tidak boleh menyatakan bahawa perbezaan di antara oekerja diperingkat 1, 2 dan 3 adalah sama. Dengan data ordinal, jarak yang diwakili oleh nombor yang berturutan adalah tidak selalunya sama.

Beberapa soalan soal-selidik jenis skala Likert yang selalu digunakan oleh penyelidik adalah jenis ordinal. Berikut adalah contoh skala tersebut:

Kualiti Pemahaman Pelajaran Terhadap Pengajaran Statistik Di Sekolah Rendah

Amat

Bersetuju

Bersetuju

Tidak

Pasti

Tidak Bersetuju

Amat tidak Bersetuju

1

2

3

4

5

iii. Interval

Pengukuran data interval adalah taraf data yang tertinggi sedikit. Pengukuran interval mempunyai semua kandungan data taraf ordinal, tetapi jarak di antara nombor berturutan mempunyai makna dan data selalunya adalah numerik. Jarak adalah diwakili oleh perbezaan di antara nombor berturutan adalah sama.

iv. Kadar

Ukuran taraf kadar adalah taraf pengukuran data yang tertinggi. Data kadar mempunyai kandungan yang sama sebagaimana data interval, tetapi data perkadaran mempunyai nilai mutlak sifar dan kadar bagi dua nombor adalah bermakna. Notasi nilai mutlak sifar bermakna nilai sifar adalah tetap dan oleh itu ujud nilai sifar di dalam data yang mewakili ketidakhadiran ciri-ciri yang dikaji. Nilai sifar tidak boleh secara arbitrari diletakkan disebabkan ia mewakili titik tetap. Definasi ini membolehkan statistik mengujudkan kadar dengan data.

PERBANDINGAN EMPAT TARAF DATA

Rajah 1.1 menunjukkan perhubungan potensi penggunaan di antara empat taraf pengukuran data. Empat persegi yang tertinggi menandakan setiap kategori paras data boleh dianalisis dengan sebarang teknik yang digunakan keatas taraf data yang terendah, tetapi sebagai tambahan, boleh dianalisis menggunakan sebarang teknik statistik yang boleh digunakan terhadap lain-lain tiga jenis data ditambah dengan yang lain.

Data nominal adalah data yang amat terhad di dalam jenis analisis staistik yang boleh digunakan dengan mereka. Data ordinal membolehkan penyelidik untuk melakukan sebarang analisis yang boleh dilakukan dengan data nominal ditambah dengan yang lain. Melalui data kadar, ahli-ahli statistik berkebolehan untuk membuat perbandingan pendharaban dan bersesuaian melakukan sebarang analisis yang boleh dilakukan oleh data nominal, ordinal atau interval. Sesetengah teknik statistik memerlukan data kadar dan tidak boleh digunakan untuk menganalisis lain-lain taraf data.

Teknik statistik boleh digunakan di dalam dua kategori statistik parametrik dan statistik tidak berparametrik. Statistik parametrik memerlukan data interval atau kadar. Jika data adalah nominal atau ordinal, statistik tidak berparameter mesti digunakan. Statistik tidak berparameter juga boleh digunakan statistik tidak berparameter juga boleh digunakan untuk menganalisis data interval dan kadar.

STATISTIK DI SEKOLAH RENDAH

Tajuk statistic dimasukkan didalam kurikulum sekolah rendah kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik itu perlu diajar pada peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana mengumpul, memproses dan menganalisis data supaya mereka mempunyai asas yang kukuh apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Rangka model pengajaran statistik pada peringkat sekolah rendah ini dirangka supaya selari dengan dunia kanak-kanak dan pengalaman seharian mereka. Penekanan diberikan kepada persekitaran kanak-kanak dan seterusnya rancangan model pengajaran statistic yang lebih kompleks boleh dibangunkan secara perlahan-lahan.

Di sekolah rendah, statistic mula diajar bermula pada tahun 3 lagi dengan memperkenalkan kemahiran mengumpul dan menguruskan data. Seterusnya mereka didedahkan dengan kemahiran membaca pictograf dan graf bar pada tahun 4. Pada tahun 5 dan tahun 6 mereka diperkenalkan kepada mengurus data dan membuat interprestasi tentang data. Adalah penting murid diperkenalkan kepada asas statistik pada peringkat awal supaya mereka dapat menghayati pengunaan statistic pada masa hadapan.

RUMUSAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. seseorang tenaga pengajar sering berhadapan dengan masalah di mana pelajar tidak mampu untuk membayangkan satu konsep dalam keadaan yang kompleks dan abstrak. Penggunaan perisian berkomputer yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah merubah corak dan sistem pendidikan yang telah diamalkan di Malaysia. Corak yang diamalkan sebelum ini berbentuk tradisional. Perkataan tradisi itu sendiri membayangkan kita sesuatu yang telah lama dan bercorak ikutan.

Menyedari tentang kemampuan perisian yang mempunyai elemen – elemen multimedia seperti pemaparan grafik, warna yang jelas, dapat menghasilkan sistem audio yang berkesan dan berkualiti sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan berbentuk konstruktivisme mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya ianya berbeza dengan corak pembelajaran tradisional di mana proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu berpusatkan pada guru sahaja manakala pelajar bertindak secara pasif. Lantaran itu pengajaran statistik bagi tujuan pengenalan topic adalah lebih bijak dika diaplikasikan dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan berbantu bahan mengajar berasaskan komputer.

RUJUKAN

Abruscato, J. (1992). “Teaching Children Science.” Third Edition. Boston: Ally and Bacon.

A.G. Bluman (2001). Elementary Statistics: A Step By Step Approach. 4th Edition. New York: McGraw-Hill

Bums, J. C., Okey, J.R. & Wise, (1985). “Development of An Integrated Process Skill Test: TIP II.” Journal of Research in Science Teaching. 22(2).169-177.

Campbell, R.L. & Okey, J.R. (1977). “Influencing the Planning of Teachers with Instruction In Science Process Skills.” Journal of Research in Science Education Teaching. 14(3). 231-234.

Gabel, D.L., Rubba, P.A. & Franz, J. R. (1977). “The Effect of Early Teaching and Training Experience on Physics Achievement, Attitude Toward Science and Science Teaching, and Process Skill Proficiency.” Science Education. 61(4).503-

Izham Shafie (2000). Pengantar Statistik: Penerbit UUM.

Kamariah Abu Bakar, Rohani Ahmad Tarmizi & Abdul Majid Md. Isa (1996). “Pengukuran Kemahiran Sainstifik Di Kalangan Pelajar Lepasan SPM.” Kertas Kerja dibentang di Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM: Isu dan Hala Strategik Ke Arah Abad 21. Genting Highland, 2-6 September.

Kozlow, M.J. (1976). “An approach to Measuring Scientific.” Sicence Education. 60(2). 146-172.

Mardyana Mahbob (1999). “Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Kemahiran Proses Sains dan Perkaitan denan Keputusan UPSR dalam mata pelajaran Sainsbagi pelajar Tingkatan Satu Di Daerah Batu Pahat.” Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor: Laporan Projek Sarjana Muda.

Mohd Nawi Ab. Rahman (1998). Asas Statistik, Ed. 2, Serdang: Penerbit UPM.

M.L. Berensen, D.M. Levine (1996). Basic Statistics, Concept And Applications, 6th Edition, New Jersey: Prentice Hall.

Manson R.D., D. Aa. Lind dan W.G.Marchall (1999). Statistical Techniques In Business And Economics tenth edition, Boston: McGraw Hill.

Wollman, W. (1977). “Controlling Variables: Assessing Levels of Understanding.” Science Education. 61(3). 371-383.